Skip to main content

Home

  • Selamat Datang Ke Laman Sesawang Jaringan CoopSTAY
  • SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG SPPDK

SPPDK ANGKASA

SPPDK kini bergerak dengan dibantu oleh jawatankuasa teknikal masing-masing. Nasihat dan pandangan profesional jawatankuasa ini merupakan penentu kepada perjalanan serta pengurusan semua program atau aktiviti ke atas ketiga-tiga bidang dalam sektor ini seiring dengan Dasar Koperasi Negara, Deklarasi Putrajaya serta Resolusi Konvesyen Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan.

Visi

Menjadikan koperasi-koperasi di bawah Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Misi

Menggabungkan koperasi-koperasi di bawah Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan agar berdaya maju serta berimpak tinggi.

Jaringan SPPDK

CoopHotel

CoopHotel

Hotel-hotel milik koperasi yang menyertai jaringan SPPDK berpeluang menerima latihan profesional khususnya berkenaan Standard Operation Procedure (SOP), Brand Standard dan lain-lain tajuk bersesuaian dengan keperluan operasi sesebuah hotel.Penjenamaan Coophotel juga melambangkan sebuah jaringan yang kukuh dengan penglibatan pelbagai peringkat atau taraf hotel dalam rangkaian ini memberi pelbagai pilihan kepada pengguna.

CoopStay

CoopStay

Homestay di Malaysia telah mencecah lebih 160 buah dan semakin berkembang. Perkembangan ini memberi impak kepada ekonomi pengusaha homestay yang lebih berdaya maju dan mampu berkembang seiring dengan teknologi yang semakin canggih. Justeru, Coopstay diperkenalkan sebagai platform sokongan program homestay yang telah diperkenalkan secara eksklusif oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

CoopISTAC

CoopISTAC

Inter School Cooperative Tourism of ANGKASA (CoopISTAC) merupakan penjenamaan semula Program Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS). Program ini berperanan menyediakan latihan kepada pelajar sekolah menengah untuk membangunkan potensi diri melalui program realiti pendidikan dalam bidang pelancongan. Program ini adalah usahasama bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah mencecah usia 16 tahun dan memberi impak positif kepada ramai pelajar dan sekolah di Malaysia. 

CoopSPA

CoopSPA

Coopspa adalah rangkaian spa koperasi pertama di Malaysia. Untuk menjadi sebahagian daripada pemain industri, Coopspa telah menubuhkan jenama Warisan Spa yang menawarkan rawatan istimewa bercirikan warisan dan budaya Melayu.

CoopDialisis

CoopDialisis

Coopdialisis adalah rangkaian dialisis koperasi pertama di Malaysia. Pusat dialisis di bawah Coopdialisis mempunyai rangkaian di seluruh Malaysia dan  mengikut piawaian yang ditetapkan serta menawarkan perkhidmatan nefrologi kepada pesakit buah pinggang di seluruh Malaysia.

CoopFarmasi

CoopFarmasi

Coopfarmasi adalah jaringan farmasi di bawah koperasi  dan terletak di seluruh Malaysia yang menawarkan produk dan perkhidmatan pharmaceuticals seperti farmasi lain di pasaran. Permintaan barangan dan perkhidmatan ubatan adalah mematuhi jaringan Coopfarmasi yang sedia ada.

Aktiviti SPPDK

Content is not add yet

Promosi