Carta Aliran Kerja
1. SURAT TAWARAN
1.1 Surat tawaran untuk menyertai jaringan-jaringan perkhidmatan dan perniagaan Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan dikeluarkan kepada Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri untuk dipanjangkan kepada koperasi-koperasi yang menjalankan aktiviti-aktiviti hotel, homestay, spa, dialisis, farmasi dan yang berkaitan dengannya.
2. KELULUSAN MPK
2.1 Permohonan koperasi yang bersetuju menyertai jaringan-jaringan perkhidmatan dan perniagaan Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan dibentangkan sama ada ke dalam Mesyuarat Pengurusan Kanan (MPK) atau Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kebangsaan (MJKK) ANGKASA untuk kelulusan.
3. SENARAI REKOD KEAHLIAN
3.1 Koperasi yang telah mendapat kelulusan menyertai jaringan-jaringan perkhidmatan dan perniagaan Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan direkodkan ke dalam Senarai Rekod Keahlian.
4. SURAT KELULUSAN
4.1 Surat kelulusan dikeluarkan kepada koperasi yang telah mendapat kelulusan untuk menyertai jaringan-jaringan perkhidmatan dan perniagaan Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan.
5. SURAT AKUJANJI/PERSETUJUAN & SYARAT PENYERTAAN
5.1 Surat Akujanji/Persetujuan dan Syarat-syarat penyertaan dikeluarkan kepada koperasi yang bersetuju menyertai jaringan-jaringan perkhidmatan dan perniagaan Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan untuk ditandatangani oleh koperasi sebagai ikrar mematuhi syarat dan peraturan menyertai jaringan.
6. SIJIL PENYERTAAN
6.1 Sijil penyertaan diberikan kepada koperasi sebagai bukti penyertaan ke dalam jaringan di bawah Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan.