Visi, Misi & Strategi
VISI
Ke arah melahirkan koperasi dalam Sektor Pelancongan Penjagaan Diri dan Kesihatan berimpak tinggi menjelang tahun 2020.
MISI
- Menjadikan Sektor Pelancongan Penjagaan Diri dan Kesihatan sebagai penyumbang utama kepada pendapatan koperasi dan negara
- Memberikan pendedahan dan peluang perniagaan kepada koperasi untuk melibatkan diri di dalam aktiviti pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan.
- Melahirkan usahawan koperasi di dalam aktiviti pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan.
STRATEGI
Mewujudkan gabungan atau rangkaian di antara koperasi – koperasi yang terlibat dalam aktiviti pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan mengikut industri atau bidang tertentu.
- Jaringan Perkhidmatan dan Perniagaan Hotel Koperasi (Jaringan CoopHotel)
- Jaringan Perkhidmatan dan Perniagaan Homestay Koperasi (Jaringan CoopStay)
- Jaringan Pelancongan Koperasi Sekolah - Inter School Cooperative Tourism of ANGKASA (Jaringan CoopISTAC)
- Jaringan Perkhidmatan dan Perniagaan Agensi Pelancongan Koperasi (Jaringan CoopTravel)
- Jaringan Perkhidmatan dan Perniagaan Spa Koperasi (Jaringan CoopSpa)
- Jaringan Perkhidmatan dan Perniagaan Dialisis Koperasi (Jaringan CoopDialisis)
- Jaringan Perkhidmatan dan Perniagaan Farmasi Koperasi (Jaringan CoopFarmasi)